Tuesday, June 24, 2014

Dijangkiti Bartholin Cyst

Assalamualaikum,..
Sebenarnya malu nak post bekenaan dengan penyakit ni. Al maklumlah org asia ni memang terkenal dengan sifat pemalu huhu. Tapi rasanya ramai wanita di luar sana yang masih tidak tahu bekenaan dengan penyakit ni.

Ku sangkakan ketulan biasa. 
Mula-mula kena hari Selasa 17/6/2014. Mula-mula ingatkan bengkak biasa. Tapi masuk hari ke-2 dan ke-3 dia dah mula membesar dan sakit. Macam bisa-bisa. Jadi malam Rabu dah tak tahan sangat nak jumpa doktor.

Discuss dengan husband. Last-last decide nak jumpa Dr. Sakit Puan, Dr.Ratna di Putra Medical Centre, Sg Buloh. Kebetulan jadual Dr.Ratna jam 3ptg sampai 6ptg. Jadi kena tunggu lagi sampai petang. Sakit sangat. Anak-anak mak mertua jaga. Terima kasih sangat-sangat kat dia sebab membantu. Saya cuma boleh baring kadang-kadang je bergerak. Tapi budak-budak ni bukannya faham Ummi dia sakit. Jam 2.30 petang saya dah gerak ke PMC, Sg Buloh. Drive sendiri sebab husband tak dapat cuti.
Masa menunggu lebih kurang setengah jam. Macam menunggu contraction lak rasanya. Sebab tak selesa duduk. Sakit sangat-sangat. Bila nombor kena panggil je Dr.Ratna check. Dia cakap dah besar ni. Kesian awak mesti sakit kan. Em..betul la tu doktor. Dia explain macam mana kes ni terjadi.

Punca-punca
Ia terjadi bermula dengan pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir vargina. Pada peringkat awal, pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya yang kecil. Cyst ini terbentuk akibat kelenjar Bartholin tersumbat dan bengkak yang sering terbentuk disebabkan jangkitan kuman bakteria.

Selalunya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar itu sehingga membentuk cyst yang semakin lama akan membesar.

Jalan Penyelesaian.
Doktor suggest untuk buat minor operation. Di sebabkan saya mengandung, jadinya bius akan di beri di pinggang belakang je. Saya setuju tapi kena dapat persetujuan dari suami. Balik dari jumpa doktor terus "message" bos bagitau apa penyakit. Dia cakap ok dia akan google. Do take care ;-) . Kemudian baru "line" dengan husband. Dia macam tak setuju operation. Sebab kena bius takut effect kat baby dan susah nak try besalin normal. Husband suruh cari alternatif lain.

Manjakani dan Minyak Kelapa Dara Habatussauda
Disebabkan suami tak bagi buat operation. Jadi saya kena cari rawatan alternatif untuk kecutkan. Doktor bagitau memang tak ada kesan dengan ubat sapu. Tapi kita cuba usahakan. Malam sebelum tido saya sapu minyak kelapa dara. Kemudian letak pulak serbuk manjakani macam jadi mask hehe..tengah malam tejaga pun letak lagi manjakani serbuk.


Ni la rupa manjakani yang saya pakai.


Minyak kelapa dara Bioasli memang ada dalam simpanan selalu.

 Mula kecut sikit
Lepas letak manjakani saya perasan dia mula kecut sikit je dalam 2-5%. Saya tetap teruskan. Esoknya memang tak boleh nak bangun sebab sakit. Anak-anak suami hantar kat rumah mertua. Suami kena amik cuti. Seharian saya terbaring sebab sakit. Kesan letak manjakani ni memang ok tapi dia mengeringkan kulit. Sambil tu saya ada tuam dengan air suam.

Herbal Blend Shaklee
Dalam hampir tengahari baca whatsapp group member-member Shaklee. Diorang cakap Herbal Blend baru keluarkan stok baru. Selepas bebulan-bulan habis stok. Tergerak lak hati terus google apa lagi fungsi Herbal Blend Shaklee ni.



Fungsi-fungsi Herbal Blend

  • Ruam
  • Tumit kaki merekan dan pecah
  • Kulit Kering
  • Eczema
  • Gigitan nyamuk
  • Gatal-gatal
  • Bengkak susu
  • Menghilangkan tanda demam campak
  • Memecahkan lemak dan pembuangan angin
Ni la antara kegunaan Herbal Blend yang saya dapat. Disebabkan dia tidak mengandungi paraben dan bersifat organik. Jadi saya try la letak herbal blend. Nasib baik ada stok kat rumah.

Mula Mengecut
Letak herbal blend sambil tekan-tekan sikit tempat yang keras tu.Sakit tu memang la tapi takut Isnin masih tak elok-elok lagi. Husband dah bagitau dia tak boleh cuti Isnin depan. Jadi kena la usaha sikit. Setiap setengah hingga satu jam saya sapu Herbal Blend. Macam nampak perubahan. Yang bahagian keras tu dah mula lembut sikit. Dalam jam 6.30 petang ada rasa macam keluar air. Macam air ketuban. Tapi busuk. Cek rupanya nanah dengan darah. Terus pergi bilik air tekan sikit-sikit. Nanah banyak keluar beserta darah. Bau busuk sikit la. Ketulan ni dah mengecil tapi tak abis sepenuhnya. Mungkin yang bahagian keras ni tak keluar habis. Nak bejalan pun dah ok sikit.


Vitamin C 
Hari seterusnya dah mula ok. Tapi saya teruskan mengambil Sustained Release Vita-C Shaklee. Vitamin C Shaklee ni memang terkenal dengan keberkesanannya untuk kulit muka. Tapi dia juga mempunyai kuasa penyembuhan dengan cepat. Terutama sekali untuk luka-luka. Mengandung banyak benda yang tak boleh makan. Jadi kena cari alternatif yang mudah. Memang tak tinggal la amik Vitamin C ni.

Alhamdulillah dah masuk hari Ahad luka-luka mula baik. Isnin dah masuk kerja seperti biasa.


Sekian dulu untuk kali ini.
Wassalam.

| Aisyah Nadzry | 
| Shaklee Independent Distributor |
| Shaklee ID : 1066198 |
| Email : spacced@gmail.com |
| Call/sms/Whatsapp : 012-2081702 |


17 comments:

Unknown said...

sapu herbal blend tu ambik masa bpe hari sampai pecah nanah tu sis

Anonymous said...

cyst tu kat sblh dalm kan..mcm mna sis sapu? guna cermin atau mna?

atiehilmi.com said...

memang ngeri sket la bartholin cyst nih.. sebab customer kakak nak duduk pun tak selesa.. menyenget jek cara duduk nye sebab ade benjol kat miss v tu.. em.. kalau dah sembuh, bagus la.. lepas nih kena hati2 sebab bartholin cyst nih boleh jadi lagik..

Unknown said...

Sy dh pakai 2 hari tp masih belum nampak kesan.cara sy salah ke?

intan said...

thankd for sharing

Unknown said...

saya jadi dari tahun 2016 smpai tahun January 2020 masih tetap jadi, mcm2 usehe buat. yg belom lagi, buang saluran bartholin tuh, itu confirm tak jadi dh :(

Unknown said...

Sy kne dr tahun 2016 smpi la ni de lg..kdng2 2 bln sekali buat opration kcil tok buang nanah tu..sakitnye jgn ckp r..sbb kt tmpt sensetif..mcm2 dh ubt sy mkn termsuk lah ubat2 kampung..tp nk wt cm mn kne la redho dgn ujian ni...

Unknown said...

Sy juga dah 3 kali kena.. Rasa down sgt dgn penyakit ni.. Mana yg boleh suggest supplement apa yg elok utk panyakit ni bagitahu lah :(

Adenium Azurite said...

Ni kena tahan dekat wad o&g . Kali ke-3 batholyn cysts bernanah. Minta doc pakar gynea buang batholyn gland. Katanya buang gland tu sekadar teori sahaja, nak cari gland utk dibuang pun x tahu dekat mana. Cysts boleh berulang lg katanya. Saya pun buntu nk cari penyelesaian. Operation marsupialization pun dah buat 2x pun jd blk. Bertahan dgn antibiotik je la.

Unknown said...

Saye pun sekarang ni kena.ubat apa yg berkesan ye

Unknown said...

Sma sperti sy...da 2x oprate marspialization...ni jdi blik...dah mati akal nk buat mcm mna..usaha dan ikhtiar cri pnawar nk smbuh...sis msih jdi lgi ke??

Unknown said...

sis bleh tggal kan email x..bleh kita share untuk cri pnwar ...sy pun da 2x oprate buang..n msih jdi lg skrg

Suhaila said...

Boleh tahu serbuk manjakani yg mane satu,sebab xboleh nk tgk jenama apa

Anonymous said...

Sy pun dah 3kali kena.. Sebenarnya yg triggered cyst sy ini dari pemakanan..Sy kalau banyak makan junk food, diary food, roti atau makanan yg banyak gula dia akan makin bengkak..Tp kalau pantang makan dia boleh surut sikit..Tp x surut habis.. Sepatutnya masa dah pecah yg second time tu sy kena jaga makan betul2..And now dah kena yg 3rd dia mcm degil sikit..Dah buat mcm2 tp x surut atau pecah..

Anonymous said...

Aku pun jadi MCM ni..Ada ketulan biji tepi Tu tapi kecil..dulu besar sikit.sakit bila sentuh.jalan ok je.takde sakit.ada Baca dlm tenet.katanya Lepas buang air kecil Tu cuci kemaluan sambil urut kat kawasan tu.setiap Kali kencing Aku amal..skrg saiznya kecil Tak besar MCM dulu.tapi Tu la sampai skrg Ada lagi.tak sakit.

Unknown said...

Hi. Sy dh sebulan kna sakit ni. Tp nk brjalan ke duduk ke xsakit.. Skrg cuma ambil ubat kurangkn bngkak (klinik) dan mkn vitamin & habbatussauda. Nk cr ubat yg btol2 bole merawat bngkak ni. Sbb xmau smpai operation. Ada sape2 yg tahu x?

Anonymous said...

Sy pun ada mslh sm btahun.cyst Tu saiz kecik.sejak saya mkn ubat cacing 3 Hari bturut2..Bartholin cyst Tu hilang sendiri.ms ni sy takde mkn
ubat lain. sebulan Lps Tu sy pkai ubat insert kat tmpt Tu Dan makan pil antifungus mslh keputihan beli kat farmasi.takde smpai skrg.alhamdllh..syukur sgt.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekian..

Semoga blog ini memberi manfaat kepada semua.