Wednesday, January 1, 2014

Program bercuti - cuti

Hari khamis 26 Dec 2013 berpeluang pergi bejalan-jalan ke Melaka bandaraya bersejarah. Banyak perubahan yang berlaku. Last pergi kalau tak silap masa Rayyan baru pandai jalan. Rasanya dia belum setahun lagi.



Kami gerak dari Kuala lumpur lebih kurang pukul 12 tengahari dan sampai jam 1.30 petang. Sesampainya bandar melaka pusing-pusing cari tempat makan yang menarik. Akhirnya kami singgah untuk makan asam pedas Melaka. Tak ingat lak apa nama kedai dia. Rasa asam pedas dia tak se-kick macam kami pernah makan dulu.emm..boleh bagi 4/6 bintang je.

Mula-mula tiba. Happy sebab baru bangun tido.


Dah kenyang perut pusing-pusing bandar melaka. Plan macam-macam nak buat. Jadi parking kat bandar Melaka. Tengah jalan-jalan si kecik ni tunjuk beca. Lawa sangat agaknya :)
Kami pun naik la sorang satu huhu..nak naik sekali dia macam tak larat je..macam tak percaya je. "Aku gemok sangat ke? "...Haha..dalam prosess nak kurus la ni. Sekarang ni pun tengah makan Herblax dan lecitin.



Puas paksa Rayyan naik dengan nenek dia. Last-last tak naik pun.


Masa naik beca pakcik tu sempat la singgah sekejap kat A Famosa. Ambil gambar sikit je. Sebab penat sangat-sangat. Abis naik beca kena lak tunggu cik abang ntah ke mana-mana. Hujan rahmat lak turun. Terus tak jadi nak berjalan-jalan dah.





Destinasi seterusnya ke umbai makan ikan bakar serta seafood. Huhu..si kecik Rayqal ni dah penat sangat-sangat. 

Baru sampai. Masa sampai makanan dah tak sempat nak selfie dah. Masing-masing terus "ngap"
Selesai makan kami terus gerak balik. Masing-masing dah kepenatan. Huhu..padahal bukannya bejalan sangat pun :)

On the way balik...Si kecik ni keletihan sangat.
Sampai je rumah mak mengadu sakit kaki dengan rasa macam nak demam. Sempat la bagi dia makan Omega Guard dan Vita-C sebelum tidur.

.....SEKIAN.....


With Love,
Aisyah Nadzry

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekian..

Semoga blog ini memberi manfaat kepada semua.