Setiap kali teringat tentang azab siksaan Allah, setiap kali itu jugalah terasa nak berhijrah ke arah yang lebih baik. Lepas seketika..dah mula lupa dan kembali ke asal. Dah memang menjadi sifat manusia.."Mudah Lupa".
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat lelaki- lelaki bukan mahrammya." (HR.Bukhari & Muslim)
"Hijab" secara ammya bermakna tirai, penghadang dan sesuatu yang menjadi penghalang atau pembatas antara dua hal. AL-Quran menyatakan penutup seorang wanita dengan kata "Hijab" yang bererti penutup secara umum.
Kita memang sudah terbiasa dengan berhijab. Namun adakan kita menepati ciri-ciri berhijab seperti yang dituntut oleh Allah serta agama Islam.
Di manakah tahap kita.
"Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (Surah Al-Ahzab 59).
0 comments:
Post a Comment