Wednesday, January 1, 2014

Selamat Datang tahun Baru 2014

Tahun 2014 sudahpun menjelma. Alhamdulillah..Allah masih memberi peluang kita untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada. Semoga pada tahun ini membuatkan kita lebih baik dari tahun sebelumnya. Fikirkanlah azam baru supaya apa yang di impikan menjadi kenyataan, Insya Allah.

Pagi ni bangun dengan badan yang tersangat penat. Maklumlam semalam dalam sejarah balik kerja pukul 10.30 malam huhu. Gara-gara nak closing dengan sistem baru la. Akhirnya kami tak berjaya jugak closing semalam. Banyak jugak benda yang nak kena tengok. Ni la pengorbanan kalau keja di bahagian akaun kan.


Apapun semoga kedatangan tahun baru ni memberi kita lebih peluang memperbaiki diri.

Aminn..

With Love,
Aisyah Nadzry

Program bercuti - cuti

Hari khamis 26 Dec 2013 berpeluang pergi bejalan-jalan ke Melaka bandaraya bersejarah. Banyak perubahan yang berlaku. Last pergi kalau tak silap masa Rayyan baru pandai jalan. Rasanya dia belum setahun lagi.



Kami gerak dari Kuala lumpur lebih kurang pukul 12 tengahari dan sampai jam 1.30 petang. Sesampainya bandar melaka pusing-pusing cari tempat makan yang menarik. Akhirnya kami singgah untuk makan asam pedas Melaka. Tak ingat lak apa nama kedai dia. Rasa asam pedas dia tak se-kick macam kami pernah makan dulu.emm..boleh bagi 4/6 bintang je.

Mula-mula tiba. Happy sebab baru bangun tido.


Dah kenyang perut pusing-pusing bandar melaka. Plan macam-macam nak buat. Jadi parking kat bandar Melaka. Tengah jalan-jalan si kecik ni tunjuk beca. Lawa sangat agaknya :)
Kami pun naik la sorang satu huhu..nak naik sekali dia macam tak larat je..macam tak percaya je. "Aku gemok sangat ke? "...Haha..dalam prosess nak kurus la ni. Sekarang ni pun tengah makan Herblax dan lecitin.



Puas paksa Rayyan naik dengan nenek dia. Last-last tak naik pun.


Masa naik beca pakcik tu sempat la singgah sekejap kat A Famosa. Ambil gambar sikit je. Sebab penat sangat-sangat. Abis naik beca kena lak tunggu cik abang ntah ke mana-mana. Hujan rahmat lak turun. Terus tak jadi nak berjalan-jalan dah.





Destinasi seterusnya ke umbai makan ikan bakar serta seafood. Huhu..si kecik Rayqal ni dah penat sangat-sangat. 

Baru sampai. Masa sampai makanan dah tak sempat nak selfie dah. Masing-masing terus "ngap"
Selesai makan kami terus gerak balik. Masing-masing dah kepenatan. Huhu..padahal bukannya bejalan sangat pun :)

On the way balik...Si kecik ni keletihan sangat.
Sampai je rumah mak mengadu sakit kaki dengan rasa macam nak demam. Sempat la bagi dia makan Omega Guard dan Vita-C sebelum tidur.

.....SEKIAN.....


With Love,
Aisyah Nadzry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekian..

Semoga blog ini memberi manfaat kepada semua.