Tuesday, July 22, 2014

Resepi Mushroom Soup

Assalamualaikum..

Hari ni dah 24 Ramadhan 2014. Cepat je masa berlalu. Tahun ni semua buat sendiri. Kuih raya dengan baju melayu budak-budak ni buat sendiri. Huhu..cam rugi je rasanya nak beli. Pakai sekali je pun.

Tapi bukan nak cerita pasal kuih raya dengan baju raya sebenarnya. Rasanya sejak duduk Sg. Buloh ni dah jarang sangat masak untuk anak. Maklumlah dia duduk dengan nenek dia. Balik rumah pun dah pukul 10.00 malam. Jadinya setiap hari makan masakan nenek dia.

Tapi kebelakangan ni nenek diaorang cakap budak-budak ni dah tak mau makan sangat. Biasalah budak-budak cepat jemu. Mungkin asyik makan nasi je. Rasa bersalah pun ada kadang-kadang. Macam mengabaikan sangat budak-budak ni.

Jadinya hari ni google dan terjumpalah satu blog ni. Memang best jugak resepi dia. Jadinya nak kongsikan la salah satu kegemaran anak saya. "Mushroom Soup".

Selalunya Mushroom Soup ni beli yang jenama Meggi je. Tapi kali ni nak cuba buat sendiri. Tapi sebelum buat tu nak share dulu resepi dia hehe :)


Resepi Mushroom Soup
1. tumis bawang putih dgn olive oil sampai naik bau...masukkan air rebusan ayam sampai mendidih.
2. masukkan bancuhan tepung gandum & fresh milk dlm air rebusan tadi.
3. masukkan cendawan butang yg dipotong kecil, sedikit black pepper, cheddar cheese, mozzarella cheese, basil & oregano
4. kacau sampai pekat & nampak creamy. 

Credit to: http://girlish87.blogspot.com/

Selamat Mencuba.

Sekian.


Tuesday, June 24, 2014

Dijangkiti Bartholin Cyst

Assalamualaikum,..
Sebenarnya malu nak post bekenaan dengan penyakit ni. Al maklumlah org asia ni memang terkenal dengan sifat pemalu huhu. Tapi rasanya ramai wanita di luar sana yang masih tidak tahu bekenaan dengan penyakit ni.

Ku sangkakan ketulan biasa. 
Mula-mula kena hari Selasa 17/6/2014. Mula-mula ingatkan bengkak biasa. Tapi masuk hari ke-2 dan ke-3 dia dah mula membesar dan sakit. Macam bisa-bisa. Jadi malam Rabu dah tak tahan sangat nak jumpa doktor.

Discuss dengan husband. Last-last decide nak jumpa Dr. Sakit Puan, Dr.Ratna di Putra Medical Centre, Sg Buloh. Kebetulan jadual Dr.Ratna jam 3ptg sampai 6ptg. Jadi kena tunggu lagi sampai petang. Sakit sangat. Anak-anak mak mertua jaga. Terima kasih sangat-sangat kat dia sebab membantu. Saya cuma boleh baring kadang-kadang je bergerak. Tapi budak-budak ni bukannya faham Ummi dia sakit. Jam 2.30 petang saya dah gerak ke PMC, Sg Buloh. Drive sendiri sebab husband tak dapat cuti.
Masa menunggu lebih kurang setengah jam. Macam menunggu contraction lak rasanya. Sebab tak selesa duduk. Sakit sangat-sangat. Bila nombor kena panggil je Dr.Ratna check. Dia cakap dah besar ni. Kesian awak mesti sakit kan. Em..betul la tu doktor. Dia explain macam mana kes ni terjadi.

Punca-punca
Ia terjadi bermula dengan pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir vargina. Pada peringkat awal, pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya yang kecil. Cyst ini terbentuk akibat kelenjar Bartholin tersumbat dan bengkak yang sering terbentuk disebabkan jangkitan kuman bakteria.

Selalunya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar itu sehingga membentuk cyst yang semakin lama akan membesar.

Jalan Penyelesaian.
Doktor suggest untuk buat minor operation. Di sebabkan saya mengandung, jadinya bius akan di beri di pinggang belakang je. Saya setuju tapi kena dapat persetujuan dari suami. Balik dari jumpa doktor terus "message" bos bagitau apa penyakit. Dia cakap ok dia akan google. Do take care ;-) . Kemudian baru "line" dengan husband. Dia macam tak setuju operation. Sebab kena bius takut effect kat baby dan susah nak try besalin normal. Husband suruh cari alternatif lain.

Manjakani dan Minyak Kelapa Dara Habatussauda
Disebabkan suami tak bagi buat operation. Jadi saya kena cari rawatan alternatif untuk kecutkan. Doktor bagitau memang tak ada kesan dengan ubat sapu. Tapi kita cuba usahakan. Malam sebelum tido saya sapu minyak kelapa dara. Kemudian letak pulak serbuk manjakani macam jadi mask hehe..tengah malam tejaga pun letak lagi manjakani serbuk.


Ni la rupa manjakani yang saya pakai.


Minyak kelapa dara Bioasli memang ada dalam simpanan selalu.

 Mula kecut sikit
Lepas letak manjakani saya perasan dia mula kecut sikit je dalam 2-5%. Saya tetap teruskan. Esoknya memang tak boleh nak bangun sebab sakit. Anak-anak suami hantar kat rumah mertua. Suami kena amik cuti. Seharian saya terbaring sebab sakit. Kesan letak manjakani ni memang ok tapi dia mengeringkan kulit. Sambil tu saya ada tuam dengan air suam.

Herbal Blend Shaklee
Dalam hampir tengahari baca whatsapp group member-member Shaklee. Diorang cakap Herbal Blend baru keluarkan stok baru. Selepas bebulan-bulan habis stok. Tergerak lak hati terus google apa lagi fungsi Herbal Blend Shaklee ni.



Fungsi-fungsi Herbal Blend

  • Ruam
  • Tumit kaki merekan dan pecah
  • Kulit Kering
  • Eczema
  • Gigitan nyamuk
  • Gatal-gatal
  • Bengkak susu
  • Menghilangkan tanda demam campak
  • Memecahkan lemak dan pembuangan angin
Ni la antara kegunaan Herbal Blend yang saya dapat. Disebabkan dia tidak mengandungi paraben dan bersifat organik. Jadi saya try la letak herbal blend. Nasib baik ada stok kat rumah.

Mula Mengecut
Letak herbal blend sambil tekan-tekan sikit tempat yang keras tu.Sakit tu memang la tapi takut Isnin masih tak elok-elok lagi. Husband dah bagitau dia tak boleh cuti Isnin depan. Jadi kena la usaha sikit. Setiap setengah hingga satu jam saya sapu Herbal Blend. Macam nampak perubahan. Yang bahagian keras tu dah mula lembut sikit. Dalam jam 6.30 petang ada rasa macam keluar air. Macam air ketuban. Tapi busuk. Cek rupanya nanah dengan darah. Terus pergi bilik air tekan sikit-sikit. Nanah banyak keluar beserta darah. Bau busuk sikit la. Ketulan ni dah mengecil tapi tak abis sepenuhnya. Mungkin yang bahagian keras ni tak keluar habis. Nak bejalan pun dah ok sikit.


Vitamin C 
Hari seterusnya dah mula ok. Tapi saya teruskan mengambil Sustained Release Vita-C Shaklee. Vitamin C Shaklee ni memang terkenal dengan keberkesanannya untuk kulit muka. Tapi dia juga mempunyai kuasa penyembuhan dengan cepat. Terutama sekali untuk luka-luka. Mengandung banyak benda yang tak boleh makan. Jadi kena cari alternatif yang mudah. Memang tak tinggal la amik Vitamin C ni.

Alhamdulillah dah masuk hari Ahad luka-luka mula baik. Isnin dah masuk kerja seperti biasa.


Sekian dulu untuk kali ini.
Wassalam.

| Aisyah Nadzry | 
| Shaklee Independent Distributor |
| Shaklee ID : 1066198 |
| Email : spacced@gmail.com |
| Call/sms/Whatsapp : 012-2081702 |


Monday, June 9, 2014

Sudah 6 bulan Rupanya Si Kecik di dalam ni..

Assalamualaikum.

Lama dah rasanya tak menerjah blog yang hampir bersawang ni. My blogspot masih wujud tau hik..hik..

Dah masuk bulan June 2014 dah kita ye. Maknanya si kecik dalam perut ni pun dah masuk 6 bulan. Dah 2nd trimester rupanya. Alhamdulillah segalanya bejalan lancar dengan bantuan vitamin Shaklee.
Jadual memang lagi bertambah berat. Al maklumlah anak yang kedua pun dah setahun 6 bulan. Tengah lasak sangat-sangat. Aktiviti baru dia mengigit ummy dia ni sampai lebam-lebam. Lagi-lagi sekarang ni dah pindah ke Sg Buloh. Jadinya setiap hari kena drive lebih 60km sehari pergi balik kerja. Tapi alhamdulillah setakat ni ok. Cuma malam-malam kadang-kadang kena cramp jugak. Tapi sakit pinggang dan tulang belakang dah tak ada walaupun kena dukung si kecik Rayqal ni lama-lama.

Berbeza sangat masa tak mengamalkan vitamin Shaklee masa anak pertama dan kedua dulu. Mengandung yang sebelum ni tak payah nak cakap la sakit pinggang macam mana. Orang yang dah mengalami je tau. Nak tidur pun sakit-sakit. Kena tidur duduk. Bangun tidur pulak tapak kaki sakit. Kasut kena beli yang tebal-tebal je. Untuk mengandung kali ni alhamdulillah setakat ni ok lagi. Sampaikan ada yang tegur tak sakit-sakit ke hihi :)

Pengalam sebelum ni yang banyak mengajar saya mengambil vitamin tambahan semasa mengandung. Almaklumlah sebagai isteri dah ibu, banyak tanggung jawab kita. 


Mengandung 6 bulan anak yg ke-3

Untuk sakit pinggang dan tulang belakang saya akan pastikan saya mengambil Ostematric dan Omega Guard. Untuk darah rendah pulak saya mengambil Vitalea. Vitamin C dan B complex pulak untuk tenaga tambahan. Vitmin C ni saya kena ambil sangat-sangat. Sebabnya...jeng..jeng..jeng..Hari tu melawat anak kawan saya yang baru lahir.. Comel sangat..kulit pun cantik je. Mak dia cakap ni la kesan pengambilan Vitamin C Shaklee ari tu. Jadi putih pulak anak ke-2 dia :) Siap pesan lagi jangan lupa ambil vitamin C.

Ni vitamin yang saya ambil sepanjang kehamilan kali ni.

Sebenarnya Shaklee ada set hamil dimana boleh juga jadi set berpantang selepas habis tempoh kehamilan. Itu yang bestnya Shaklee ni. Vitamin yang tak abis tak perlu dibuang pun. Cuma untuk berpatang kena tambah lagi 2 vitamin tambahan iaitu Zinc dan Alfalfa. Kalau nak kurus pulak cuma tambah Lecitin je. Tapi semua boleh makan untuk ibu menyusu. Hebat kan!!

Fungsi-fungsi setiap Vitamin:-

ESP
Untuk memekatkan susu serta memastikan baby sentiasa kenyang. Juga merupakan milk booster terbaik..

Alfalfa
Milk booster untuk ibu selepas besalin. Juga berkesan untuk menguruskan badan bagi ibu-ibu selepas besalin. 

Omega Guard
Kegunaan semasa proses kehamilan. Sangat membantu terutama kepada mereka yang sering mengalami sakit belakang dan tumit. Pengambilan Omega sewaktu mengandung membantu perkembangan otak bayi.

Vitalea
Vitalea merupakan multivitamin pertama. Lengkap dengan segala jenis nutrisi. Jadi ibu mengandung akan lebih cergas untuk melakukan aktiviti harian. Bagi ibu mengandung yang mempunyai tekanan darah rendah adalah disarankan mengambil Vitalea dengan konsisten.

B-Complex
Ini juga merupakan sumber tenaga untuk saya. Drive sepanjang lebih 60km pergi dan balik kerja memang memenatkan. Itu ditambah lagi kalau jam. Tau je la kan keadaan kat KL ni maca mana. B-Complex ni memang rahsia saya dapat bangun tido jam 5.30 @ 6 pagi walaupun tido pada jam 12 @ 12.30 malam.Saya akan mengambil 4 biji Ostematric dan 1 biji B bomplex sebelum tido. Alhamdulillah dapat tido yang nyenyak dan bertenaga kembali pada esok harinya.

Ostematric
Ni vitamin yang sangat-sangat perlu untuk perempuan mengandung. Biasa cramp-cramp kaki tak sepanjang kehamilan? Ni la ubat dia. Juga berkesan untuk sakit-sakit pinggang. Ostematric juga merupakan persediaan awal untuk memastikan badan kita akan cukup dengan kalsium. Jadi lepas besalin nanti insya Allah susu akan terus ada untuk si comel :)

Satu untuk saya dan lagi satu untuk en hubby. Sebabnya dia liat bangun pagi. Tapi sekarang macam dah ok je :)

Bagi yang belum mencuba serta sedang mencari set mendandung dan bersalin yang sesuai, boleh mencuba set dari Shaklee ni. Ramai yang jatuh cinta selepas mencuba Set Mengandung dan Bersalin Shaklee.

Sekian untuk kali ini.


FREE CONSULTATION
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

Friday, March 14, 2014

Get Clean Water






MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE
SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.




FREE CONSULTATION
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

| Aisyah Nadzry | 
| Shaklee Independent Distributor |
| Shaklee ID : 1066198 |
| Email : spacced@gmail.com |
| Call/sms/Whatsapp : 012-2081702 |

Wednesday, February 5, 2014

Set Resedung


Apa Itu Resedung?

Resedung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pasa rongga sinus yang disebabkan oleh kuman.

Penghidap Resedung biasanya akan mengalami bersin-bersin di awal pagi serta alahan terhadap sesetengah makanan seperti makanan laut. Penghidap resedung juga biasanya mengalami masalah kulit muka yang teruk. Namun ada yang masih tidak menyedari dia mengalami Resedung memandangkan mempunyai kulit yang sihat dan cantik.

Tanda-tanda penghidap Resedung:-
  • Kerap bersin di awal pagi.
  • Hidung kerap berair.
  • Sakit tekak berpanjangan.
  • Gatal-gatal kawasan muka, telinga, mata dan hidung.
Masalah resedung jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan kecacatan serta memerlukan rawatan yang lebih tinggi kosnya. Ada yang tahu tentang masalah diri sendiri tetapi tetap membiarkan sahaja masalah resedung ini. Mungkin kerana masalah-masalah seperti berikut:-
  • Masih belum menemui kaedah serta rawatan yang sesuai.
  • Kos rawatan yang menyakitkan serta kurang selesa.
  • Kos rawatan yang tinggi.
  • Tiada masa untuk ke pusat rawatan.
  • Tidak suka dengan pantang larang yang ditetapkan.
Ingin mencuba Set Resedung dari Shaklee? Hanya perlu:-
  1. Vitamin C
  2. Alfalfa
  3. B- Complex





Testimoni dengan Set Resedung


Credit to: Vitaminsuci.com



Credit to: Vitaminsuci.com



| Aisyah Nadzry | 
| Shaklee Independent Distributor |
| Shaklee ID : 1066198 |
| Email : spacced@gmail.com |
| Call/sms/Whatsapp : 012-2081702 |


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekian..

Semoga blog ini memberi manfaat kepada semua.